Tuesday, March 5, 2013

Renungkan Sejenak

=====================================
Transit Ke Alam Akhirat. Penerbangan Hidup yang Pasti.
=====================================


Bila kita akan berangkat dari alam dunia ini, ia ibarat satu penerbangan ke sebuah destinasi yang lain iaitu ALAM KUBUR transit KE ALAM AKHIRAT

Di mana, maklumat penerbangan ini tidak terdapat dalam sebarang tiket penerbangan tetapi MELALUI AL-QURAN DAN AL-HADITH

Apa yang menariknya penerbangan ini tidak dinyatakan harga tambangnya, ia ADALAH PERCUMA

Jangan risaukan penerbangan ini akan 'delay' atau mengalami masalah teknikal. Ia SENTIASA BERANGKAT DAN TIBA TEPAT PADA MASANYA

Jangan bimbang tentang tempahan tiketnya. Ia TELAH DITEMPAH SEJAK KITA DI DALAM RAHIM IBU LAGI

Jangan bimbang siapa yang akan duduk disebelah kita, iaitu KITA HANYA SEORANG DIRI

Di mana penerbangan ini bukannya melalui MAS, AIRASIA atau JORDAN AIR dan lain-lain tetapi KENDERAAN JENAZAH

Di mana passport kita bukannya passport MALAYSIA, BRITISH atau INDONESIA, tetapi AL ISLAM

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan tetapi SELAMA-LAMANYA

Di mana baju yang kita pakai bukannya berjenama designer terkemuka tetapi KAIN KAPAN BERWARNA PUTIH

Di mana pewanginya bukan lagi Channel atau Paco Rabbane tetapi AIR MAWAR DAN MINYAK ATAR

Di mana destinasi kita mendarat bukannya di KLIA atau JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT, tetapi DI TANAH PERKUBURAN

Di mana bekalan yang kita bawa bukannya beg luggage seberat 23kg tetapi AMAL IBADAT

Di mana ruang menunggu bukan lagi di bilik berhawa dingin, VIP atau VVIP tetapi BILIK 6 KAKI DALAM, 3 KAKI LEBAR DAN GELAP GELITA

Di mana pelayannya bukan lagi pramugari yang cantik jelita dan pegawai imigresen bukannya pihak POLIS atau KASTAM tetapi MALAIKAT MUNGKAR DAN NANGKIR.

Di mana ia akan memeriksa samaada kita layak atau tidak ke desitinasi yang diidamkan, bukan lagi DISNEYLAND, PARIS, LONDON atau LEGOLAND tetapi SAMAADA KE SYURGA ATAU KE NERAKA

Dari saya: Persediaannya cuma satu, amal ibadah. Ajal tidak tunggu bersedia atau tidak, Pemilik kekal nyawa kita tetap mencabut tanpa sebarang signal. Makanya, sentiasa bersiap sedia dari sekarang.

Peringatan untuk diri sendiri jua. 

courtesy: internet source

No comments: