Sunday, March 31, 2013

Dot Dot Dot Si Apom

Hujung minggu ni, dok korek balik gambar2 untuk entry yg dah lama bertangguh. so, ini juga dah lama try. Apam polkadot. Gambar bahan pulak lupa nak ambik.

Bahan2 yang digunakan:

3 biji telur
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan gula (organic sugar)
1 cawan susu segar
sedikit vanilla paste
1 sudu teh double action baking powder
pewarna

Saya tak guna ovalette ya sebab takde.

Cara2:

Pukul gula dan tepung sehingga kembang pada kelajuan maksima mixer, adunan tu akan jadi putih so that's the indicator telur dah kembang. Then, boleh masukkan tepung sikit2, jangan lupa slow down the mixer or satu dapur bertabur tepung. Campur susu, vanilla paste dan baking powder, teruskan sehingga adunan sebati. 

So, boleh la bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna. Dan susun cup dalam bekas yang sesuai, saiz cuppies ikut suka masing2. Masa ni, boleh pasang pengukus untuk dipanaskan.



Oleh kerana kami tak guna filling so isi penuh adunan ke dalam cawan-cawan itu. Hias bahagian atas mengikut kreativiti masing2.


It's best to steam with a single layer, untuk mengelakkan air kukusan dari layer di atas jatuh ke bawah dan spoil the cuppies.



Get a sneak of it.


 Tadaa! Dah siap pun, around 12-15 minutes each. or boleh try cucuk apom tu dgn lidi untuk pastikan apam dah fully done.






No comments: