Tuesday, March 19, 2013

Mitos mengenai susu ibu

Perkongsian bersama untuk semua dan peringatan untuk diri sendiri agar tidak culas melaksanakan tanggungjawab pada negara dan juga anak dalam 1 masa. Shared by my friend whom love to breastfeed as well.

♥ Susu kering
::: Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.
Hakikatnya anatomi badan wanita telah dilengkapkan sepenuhnya oleh Yang Maha Pencipta untuk menyusukan anak, be it anak kandung, anak angkat atau anak susuan, andai kena caranya. Klik Sini. Yakin bahawa rezeki itu dari Allah dan anak itu pembawa rezeki makanya rezeki untuk si anak pasti ada. cuma Allah takkan ubah nasib hambaNya jika kita tidak berusaha untuk mengubahnya.

♥ Luka
::: Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan. 
Pastikan bayi latching dengan betul. Namun, ada juga keadaan anak yang tidak dapat latch dengan naturally akibat daripada masalah tongue tie. Andai ini berlaku, berjumpalah dan dapatkan nasihat dari pakar; pakar kanak-kanak dan pakar laktasi.

♥ Penyebab sakit kuning
::: Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya. 
Malahan susu ibulah ubat paling mujarab bagi jaundice. Cuma apabila kita menyusukan bayi, kita harus peka dan menjaga segala pemakanan kita. Mungkin pemakanan kita menyebabkan bayi jaundice akibat alahan kepada sesuatu benda. Ringkasnya, BUKAN SUSU IBU penyebab jaundice tapi apa yang diambil oleh ibu dalam diet dan diterjemahkan dalam bentuk susu yang diminum si anak. Di sini peranan ibu2 dan bapa2 untuk terus mencari dan belajar tentang segala aspek tentang susu ibu.

♥ Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah
::: Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan. 
Kita kena pastikan apa penyebab anak muntah. Peka dan analisis segala sudut.

♥ Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat
::: Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

♥ Makan banyak untuk hasilkan banyak susu
::: Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.
Diet seimbang is the key, elakkan mengamalkan 'dedak' yang terlampau banyak dijual hari ini. Go for real food instead. Kenapa kita suka sangat jalan mudah, bancuh itu, goncang ini, instead of masak makanan yang sebenar untuk diri sendiri, suami dan anak-anak? Come ibu/umi/mommy/mama/bonda/amma and all, go for real food, do the food revolution.
Food Revolution, Jamie Oliver, Jamie Oliver 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments: