Sunday, March 31, 2013

Pavlova Yo Yo

Minggu ni turn pavlova pulak di 'eksperimen'kan. Kena try kalau tak xleh nak beli buku masak baru, padah borong dkt BBW last year.

Bahan2:

4 biji telur (putih sahaja)
1/2 cawan gula organic (least processed)
1 sudu kecil cuka makan (white vinegar)
1/2 sudu vanilla paste
1 sudu kecil tepung jagung

Caranya:

Mula2 telur putih dipukul dgn mixer berkelajuan paling tinggi sampai separa kembang. 


Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit tanpa memperlahankan kelajuan mixer. Teruskan memukul sampai kembang. Bila dah kembang betul, meringue akan jadi berkilat and looks foamy. Terbalikkan mangkuk dan ia takkan jatuh. Masa ni, tambahkan tepung jagung, cuka makan dan vanilla paste. Kemudian gaul dengan spatula or senduk, perlahan-lahan dalam 1arah. 

Masa ni dah boleh panaskan oven kepada 150 degree, api bawah ke atas, terpulang. Lorekkan bentuk yang nak guna sebagai base meringue ni.


Ada sikit derhaka sebab guna ramekin. Dah lorek, guna sebelah belakang kertas tu, was2 gak dgn karbon pensel tu. Bentukkan meringue anda.

Dapat dlm 5 base of pavlova. so, bakar dalam oven yang diturunkan kepada 130 degree untuk 1 jam 30 minit or so. Nak tau dah masak, luar akan garing n dalam lembut. Bila dah masuk oven, janganlah rajin lebih dok p belek bukak tutup pintu oven tu ya...

Untuk topping, whipping cream dipukul sampai kental. Kali ni, guna buah mangga and anggur sebagai hiasan.

Bila dah masak, let them cool in the oven first. Bila  dah sejuk, boleh make over the pavlova dengan tepung gomak a.k.a whip cream. Kemudian boleh hias dengan accessories buah2. Memandangkan buah anggur and mangga jer yg ada, pun boleh jugak la..




This gone before i done picking up my laundry at the drying line.

recipe source:

No comments: