Saturday, February 16, 2013

::Eat, eat, eat::

Perlukah penambahan garam dalam makanan bayi yang baru diperkenalkan makanan pejal? Reaksi yang sering saya peroleh ialah, "Kesiannya anak kau, makan takde berasa", "Bubuhlah garam sikit, mana dia nak makan macam ni punya masak" etc. All my reaction is, Syakir makan macam ni, with a smile. Jadi ini kupasan perbincangan pertama saya mengenai pemakanan anak2. More that i need to read n search.

I started Syakir's solid with fruit puree, avocado, to be exact. Why did I chose avocado over everything he could eat? 'Eleh, nak tiru omputeh la tu..', ' kalau Melayu tu buatla cara Melayu, makan nasik.' Hurm, sebenarnya banyak lagi pandangan dan pendapat orang but I have strong reason with some reading n research done.. Avocado is known as a superfood, full with nutrition and a good choice as first solid food. Tapi lain orang, lain cara, lain idea, lain pemikiran, lain bahan bacaannya. so tepuk dada tanyalah hati. If you could your time browsing for tudung online, diet supply, fashion, gosip artis (and the list goes on) kenapa tak boleh browse info for our baby, about parenting? 'takpe, pengalaman mengajar.' Then, all I could say is NADA.

As introduction, buah pinggang bayi dan anak kecil belum cukup matang lagi untuk memproses garam yang berlebihan daripada makanan. Jika anak memakan garam yang berlebihan, dalam jangka panjang, buah pinggang anak mungkin mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki.

Untuk rujukan (anda boleh membuat more research and own reading regarding this) semua, keperluan garam sehari bagi:
i) Bayi kurang dari setahun adalah <1g 400mg="" atau="" g--="" sodium.="">
ii) Kanak-kanak 1-3 tahun, 2g ( ~800mg sodium)
iii) Kanak-kanak 4-6 tahun, 3g (~1200mg sodium)
iv) Kanak-kanak 7-10 tahun, 5g (~2000mg sodium)
v) 11 tahun ke atas, 6g (~2400 mg sodium)

Walaupun garam merupakan nutrien penting dan diperlukan oleh badan manusia, ia terdapat dalam jumlah yang mencukupi dalam susu ibu, nasi dan kebanyakan makanan yang biasa diberi kepada bayi. Oleh itu, jangan tambah garam atau bahan perisa buatan yang lain kepada makanan bayi. Kemestian untuk menambah garam bergantung pada kesukaan peribadi seseorang. Untuk anak-anak yang melebihi umur setahun, makanan mereka boleh ditambah garam, tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Cuba kurangkan kandungan garam dalam makanan anak-anak (dan ahli-ahli keluarga yang lain) secara beransur-ansur, dan selepas lebih kurang seminggu, anda akan mendapati bahawa kebanyakan makanan sudah cukup sedap tanpa ditambah garam.

Untuk makanan bayi, adalah terbaik jika bahan perasanya adalah dari sumber asli contohnya ikan bilis, ayam, labu, kurma, kismis, jus limau etc, bergantung kepada rasa yang diinginkan dan umur anak. Bagi bayi yang telah mencapai umur yang sesuai untuk diberikan dairy product (cheese or yoghurt), carilah yang bersesuaian. Bagi cheese, setelah dibuat pemerhatian dan carian, cheese block come with less sodium (differ brand, differ amount) tapi perlu dipilih juga. 
My favorite cheese block

Untuk yoghurt atau susu segar, (bayi yang telah mencapai setahun, sesuai untuk minum susu segar jika anda tidak menyusukan dengan susu badan. Susu segar adalah lebih baik dari formula milk, boleh rujuk sini) go for fresh one, elakkan low fat n flavoured.



Ingat! Jangan sekali-kali menambah garam kepada makanan bayi. Penambahan garam pada makanan bayi akan membahayakan kesihatan bayi. 

Courtesy of sources : Kelab Penyusuan Si Manja, Solid Food For Baby, www.wholesomebabyfood.com

No comments: