Monday, February 25, 2013

Anak oh Anak ::Part V::

Bab anak kali ni kita share bab pemakanan anak. Pemakanan bukan sekadar untuk mengenyangkan anak tapi perlu dijaga demi kesihatan dan kesejahteraan anak. Prevention is better than cure.  So, dikongsikan adalah makanan yang boleh menyebabkan pembentukan mukus dan makanan yang boleh menghilangkannya. I prefered the REAL food over everything and natural approach in life.

Tapi, pengambilan makanan-makanan ni juga mestilah mengikut kesesuaian umur dan mengambilkira alahan.

To note:
  • Jus delima (buang kulit, blend dan tapis ) boleh dicampur dgn air suam , minum untuk hilangkan kahak (umur 7-10bulan) 
  • Madu asli (umur 1 tahun ke atas) boleh diambil bersama air suam juga boleh dicampur perahan lemon atau limau nipis, diminum untuk hilangkan selsema, batuk n kahak
  • Banyakkan minum air suam juga susu ibu
  • Tapi elakkan pengambilan madu / delima jika demam atau batuk disebabkan panas badan.Kerana madu/delima bersifat panas.
Kenal kahak/mukus anda :
  • kahak jernih = badan sejuk = dirawat dgn madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas. 
  • kahak pekat/kuning/hijau = badan panas = dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk.
Bagaimana merawat kahak/selsema:
  • Boleh try steam n percussion, teknik ini akan melonggarkan paru-paru dan mengeluarkan kahak. Amalkan secara rutin sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bersabar dan lakukan sehingga anak sembuh sebab ni natural remedy.
    *optional, boleh pasang shower water heater dan penuhkan toilet dgn wap, bawa masuk anak dan biarkan beberapa minit anak di dalam toilet (dudukkan dia dalam besen mandian bersama mainan nya supaya anak diam)
    Semua cara ini,  jika anak menangis
    biarkan saja, itu sangat bagus membantu melonggarkan paru-parunya. Terapi untuk orang dewasa.
  • Buat minyak bawang putih untuk disapu pada dada/tapak kaki anak.
  • Gunakan bawang putih dan letakkan dalam stokin anak. Biar stokin itu mempunyai pengudaraan yang baik, weave yang agak loose (macam berkait atau lubang2). Saiz bawang putih vary depends on baby's age, ketuk sikit dan masukkan ke dalam bunjut/kain lain sebelum dimasukkan kedalam stokin yang dipakai anak. SEBAB: bawang putih boleh mengakibatkan kepanasan, takut anak over-heated or tapak kaki kemerahan. Bawang putih berfungsi sebagai antibodi, memasuki sistem badan dan terus ke paru-paru dan akan mula berlawan dengan bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time.
  • Sapu kunyit hidup pada batang hidung anak.
  • Sup tulang atau bone broth atau sup ayam sebagai penawar kerana mengandungi protein dalam bentuk cecair yang tinggi dan bertindak sebagai penawar untuk melawan virus (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) :
    Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in carrots, leaks and celery.
    Selain itu, beri anak vitamin C, probiotics dan VCO (virgin coconut oil)

 

courtesy: internet source and friends

No comments: