Friday, February 15, 2013

::Sayang anak, renung-renungkan::

Dihimpun dan disenaraikan few pesanan ibu serta hasil carian untuk renungan bersama dalam memdidik anak...

1) Jangan pukul anak dari paras lutut ke atas. Dan pukul pun bukan kerap, pastikan kita dah nasihat dia, bagi amaran dan kemudian terangkan kenapa kita larang/perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. Amalan mak saya (kini saya pun cuba praktikkan) ialah menggunakan rotan. Selalu dia gantung untuk ugut kami adik beradik, canning is the last thing my mom n dad will do.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). Kalau dan nama Muhammad Aisy Syakir, elok la panggil Muhammad or Syakir or Aisy, elakkan panggil Mat, Caket, Akir and list goes...

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. And let them hug us too, educate n train them to do so, to express their feeling. Selalu ucapkan perkataan kasih sayang untuk anak, beritahu dia every single day that we love him/her so much..

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) Elakkan menjegil mata or bercekak pinggang, reminder to myself jugak. Banyakkan beristighfar dan selawat.

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Pujian yang diberikan berserta impak dan doa adalah yang terbaik. Contoh : Alhamdulillah, Syakir ni good boy ibu suka makan sayur (which he did). Kalau Syakir suka makan sayur, nanti ibu masak macam2 lagi untuk. Rajin makan sayur, InsyaAllah Syakir cepat besar, sihat selalu. Dan biarkan dia makan sendiri.


8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Let them explore, that's what my husband always said. Biar dia koyak buku (geram jer tengok tapi pastikan kita pantau apa buku yang dikoyak), menconteng atau bermain dengan mainan dia sebab ketika inilah otaknya berkembang, sel-sel neuron. Kalau kita sering menghalang, bimbang dia akan terbantut perkembangan minda.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Keluarga bukanlah pilihan kedua dalam hidup kita. Saya berpegang bahawa amanah utama saya adalah anak, kerja tetap saya adalah sebagai ibu. Namun untuk menjalankan tugas dan amanah tersebut, saya perlu bekerja untuk memastikan keperluan anak/keluarga dapat dipenuhi. Makanya, saya bekerja sebagai apa saya sekarang dengan sebaik mungkin.

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Sentiasa tersenyum dan bergembiralah dengan anak.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) Selalulah bercakap dengan anak, biar mereka biasa menjadi teman bicara kita. Kita juga boleh kongsi cerita kita di pejabat (tapi biarlah yang bersesuaian dengan umur mereka) untuk dijadikan contoh teladan yang baik.



Situasi 1: (anak dalam umur persekolahan)


Anak : Ibu/Ayah, tadi kan kawan saya kongsikan permainan yang dia selalu main di rumah. Nanti kita buat sama-sama di rumah pulak ya.

Ayah/Ibu : Hurm, yelah.

Anak : Seronok, kita main nanti ye.

Ayah/Ibu : Ibu/Ayah ada kerja ni. Nantilah kita main.



Cuba amalkan (jika anda berani) ini jika anda inginkan kepastian. Kerana tidak mustahil selepas beberapa tempoh masa, anak akan kurang bercakap/bercerita dengan kita. Pada masa itu, kita pulak yang akan terkejar-kejar untuk bercakap/bermain dengan mereka. Pernahkah anda alami, anak kurang bercakap apabila ditanya? Mari kita nilai kembali (ingatan untuk diri sendiri jua) bagaimana tindakbalas kita terhadap mereka di kala mereka inginkan kita. Anak yang membesar banyak menggunakan kaedah role-model dalam proses pembesaran mereka.

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Pelukan adalah sesuatu yang ultimate, paling berkesan. Saya tidak menafikan, anak saya (pada usia antara 18-24 bulan) mual menunjukkan tantrumnya. Saya cuba kaedah monopoli/diktator namun hasilnya adalah anak saya makin memberontak. Selalunya saya akan menurut apa yang dicakap tapi diterangkan akibatnya jadi biar dia buat pilihan. Kalau dia mengamuk, saya duduk menyamai kedudukan dia untuk bertanya sebab dan menenangkan, sesugguhnya pelukan adalah ubat terbaik untuk anak saya tika dia mengamuk..

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Kesimpulannya, tunjukkan nilai-nilai murni dan perlakuan yang baik kerana mereka adalah sponge terbaik..

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Jangan mengharap terlalu tinggi dengan anak-anak. I have read a great book "Einstein Never Used Flash Cards" Author
Psychologists Kathy Hirsch-Pasek and Roberta Michnick Golinkoff with Diane Eyer. Highly recommended. Kongsi sikit pasal buku ni:
         i) mengajak ibu bapa untuk meredakan sedikit aktiviti berstruktur dan alat pembelajaran yang formal dan membolehkan anak-anak untuk melakukan salah satu daripada pelajaran hidup yang terbaik: masa untuk hanya bermain. Bermain juga adalah proses belajar sebenarnya. Kanak-kanak memerlukan unstructured time untuk terus belajar melalui kreativiti dan kekuatan yang sebenarnya lebih banyak membantu dalam pertumbuhan mereka.
       ii) Packed with practical and immediately usable suggestions and gives parents an advantage in helping their children learn, naturally.  Chapter by chapter, the authors explore the key areas of development—math, reading, verbal communication, science, self-awareness, and social skills—with an emphasis on the process of learning from a child’s perspective.  Armed with a clear understanding of the scientific principles, parents will gradually become better observers of their kids’ behavior and discover when their kids can best profit from casual instruction in natural contexts instead of through drill and practice.  Throughout, this revolutionary book features:
  • Teachable Moments, highlighting how everyday mundane experiences—riding in the car, washing the dishes—can provide kids with opportunities for learning
  • Discovering Hidden Skills, scores of age-appropriate exercises encouraging parents to become the researcher and discover their kids’ amazing capabilities
  • Bringing the Lessons Home, simple, fun yet powerful ideas for creative play—from new twists with blocks and tennis balls to tips on planning a field trip to your own back yard—that teaches better than expensive, high-tech gadgets
Above all, the authors stress that play shouldn’t be a four-letter word—in fact, PLAY = LEARNING.  When children play with blocks or divide their share of candy with a friend, they are learning the foundation for mathematics.  When children “put on a show” for their parents using a story they heard at preschool, they are practicing skills that are the foundations for language and reading.  When parents make it safe for children to talk about their feelings, they give them the building blocks for emotional health.
 
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Atau anda boleh mencuba untuk mengendong anak, dekat di hati untuk disayangi, dekat dalam pelukan, dekat untuk dicium.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Kita cuba jadi yang terbaik namun kita bukan sempurna.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


23) Jaga pemakanan anak2, itu yang akan menjadi darah daging mereka. Apa yang baik untuk anak kita belum tentu sesuai untuk anak orang lain maka berusahalah untuk mendapatkan ilmu terbaik untuk memberikan yang terbaik untuk anak2. Bagi saya, air tangan ibulah yang terbaik.

courtesy of : sentuhankasih-ibu.com (facebook page)

No comments: