Wednesday, August 6, 2014

Asas Menggendong Bayi - versi Bahasa Melayu

Apakah Ia?

Babywearing atau menggendong anak; pada asasnya suatu tindakan memegang atau membawa bayi, kanak-kanak mahupun prasekolah menggunakan sehelai kain atau baby carrier. Memegang atau mendukung bayi adalah tindakan semulajadi; baby carrier membuatkan perbuatan/tindakan mendukung anak itu lebih mudah & lebih selesa. Penggunaan baby carrier juga membolehkan ibu bapa dan penjaga membawa anak-anak dalam melunaskan rutin harian. Mendukung bayi atau anak; sama ada di belakang anda, pinggang atau di hadapan anda dan dalam masa yang sama kedua-dua tangan bebas untuk membuat kerja tanpa mengabaikan keselamatan anak yang dikendong adalah suatu yang sangat membantu. Anda boleh melakukan rutin harian, membeli-belah, menguruskan anak-anakyang lain dan solat. Apabila mengendong si ​​manja anda di hadapan, kedua-dua ibu bapa dan bayi boleh sentiasa berpelukan; membolehkan anak anda berinteraksi dengan dunia luar di samping dapat memastikan anak sentiasa selamat.

Menggendong bayi telah diamalkan selama berabad-abad. Dalam era terdahulu, ibu-ibu memilih untuk sentiasa menggendong anak mereka ketika menguruskan rutin harian. Pada zaman ini, menggendong bayi semakin menjadi pilihan ibubapa, sebahagiannya di bawah pengaruh attachment parenting. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang mengamalkan babywearing menganggap diri mereka mengamalkan attachment parenting.

Malangnya perbuatan menggendong anak dianggap sebagai kolot, pelik atau tidak selamat. Ternyata ia adalah sebaliknya dan sebahagian besar ibu bapa di seantero dunia terus menggendong anak manakala  ramai yang lain baru mengetahui kebaikan dan kelebihan menggendong anak. Babywearing baik untuk kesihatan bayi kerana ia mengurangkan kadar bayi menangis, bayi menjadi lebih tenang dan selesa, memudahkan penyusuan susu ibu, kurang masalah pencernaan / kembung perut dan membantu perkembangan leher dan otot belakang yang lebih baik.

Adakah ianya selamat?

Apabila dilakukan dengan betul, mendukung bayi menggunakan alat penggendong yang sesuai dan betul adakalanya lebih selamat serta selesa daripada mendukung bayi dengan tangan anda. Walau bagaimanapun, ciri-ciri atau langkah-langkah keselamatan perlu sentiasa dipatuhi serta di beri perhatian ketika menggendong anak; sepertimana perkara lain yang melibatkan bayi. Terdapat beberapa aspek yang perlu diamil perhatian ketika menggendong bayi termasuklah jenis carrier, bahan (material used for fabric, material used  for ring, sewing technic in ssc etc), ia mestilah diuji dan terbukti selamat.

Terkini, terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan alat menggendong bayi; samada SSC, wrap or RS. Terdapat segelintir yang memilih untuk menggunakan sekeping kain yang terbukti selamat dan selesa untuk menggendong anak atau lebih dikenali sebagai wrap. Pemakaian setiap alat menggendong itu mempunyai keluk pembelajaran (learning curve) jadi bagi ibu bapa yang berminat untuk menggendong anak mereka seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari mereka yang bertauliah ataupun berpengalaman luas dalam menggendong bayi. Banyak teknik babywearing boleh dipelajari dalam hanya beberapa minit.

Untuk mencapai babywearing yang selamat, menggunakan baby carrier yang sesuai dengan umur bayi, berat dan ketinggian bayi anda perlu dititikberatkan. Ironinya, kita akan mula menukar atau membeli pakaian bayi, kasut dan juga saiz lampin mengikut tumbesaran anak. Begitu juga dengan penggunaan alat menggendong bayi ini. Penggunaan baby carrier dengan saiz yang lebih besar berbanding umur bayi atau saiz fizikal bayi akan meletakkan bayi berisiko dalam pembangunan tulang belakang mereka dan keselesaan bayi. 

Jenis-jenis Baby Carrier

Soft Structure Carrier (SSC) –

Carrier berstruktur ini menggantikan mempunyai buckles dan padded di bahagian pinggang dan bahu. Hasilnya ialah pengagihan berat badan yang sekata dan rupa yang berbeza secara keseluruhan dari mei tai. SSC menawarkan kemudahan buckles namun sangat berbeza dari framed backpack kerana ia memegang bayi dengan selamat. Tidak seperti framed backpack, SSC adalah dinasihatkan dan digalakkan untuk bayi yang telah kuat otot di tengkuk (selepas berusia 4 bulan) hingga bertatih dan memberi manfaat body-to-body contact untuk bayi.



     
  
Mei Tai / Half Buckle –

PSoft pack carrier terdiri daripada carrier tradisional seperti mei tai tanpa struktur yang jelas. Meitai adalah kain segi empat tepat dengan tali di setiap penjuru untuk diikatdi sekitar bahu & pinggang, diperbuat daripada kanvas kukuh & tali yang padded untuk keselesaan bahu. 

Secara ergonomik, bayi dengan berat melebihi 20lbs adalah lebih baik dikendong di belakang anda (melainkan anda masih menyusukan dan boleh menyusu menggunakan carrier) untuk lebih keselesaan. Ia akan mengagihkan berat bayi secara serata ke bahagian pinggang & bahu pemakai. Half Buckle mempunyai dua buckles boleh laras di sekitar pinggang. 

Ring Sling –

Ringsling (RS) adalah sehelai kain (2-3m panjang) dilengkapkan dengan sepasang gelung dan dipakai di sebelah bahu disilang ke pinggang. Mereka boleh menambah padding di kawasan bahu untuk keselesaan pemakai. RS biasanya digunakan untuk menggendong anak di hadapan atau sisi pemakai. Faktor mudah laras menjadikannya sesuai untukdikongsi antara pemakai berbeza saiz. Kain tambahan yang tinggal di depan berguna untuk penyusuan yang tidak menonjol di khalayak ramai. 

RS merupakan carrier yang ideal untuk bayi baru lahir dan juga hebat untuk anak kecil di dalam fasa baru mula berjalan. Saiz boleh dilaraskan mengikut saiz pemakai dan yang dikendong untuk memberikan sokongan yang sangat baik dan juga keselesaan untuk kedua-dua bayi dan anda. Ini menjadikan ia lebih versatile dalam penggunaan.


Pouch Sling –

Sekeping kain dijahit ke dalam membentuk bulatan di tengah-tengah untuk menempatkan bayi yang dikendong. Ia dipakai pada satu bahu, boleh digunakan di hadapan atau pinggul pembawa. Pouch datang dengan pelbagai saiz dan pemakai perlu mengenalpasti saiz yang betul-betul sesuai dipakai atau pemakai akan merasa tidak selesa.

Ia sangat mudah bagi bayi dalam fasa mula berjalan, mudah dan cepat untuk naik dan turun ke dalam carrier. 

Kelemahan kantung adalah ia kurang selesa apabila membawa bayi yang lebih berat untuk  tempoh masa lebih lama lerana berat badan bayi ditanggung pada hanya satu bahu dan pinggang. Pouch datang dalam saiz dan tidak boleh laras maka kurang versatiliti.



Wrap Carrier –

Sekeping kain (kira-kira 3-6m), diikat dalam pelbagai cara untuk mendukung bayi. Wrap datang dalam pelbagai jenis material seperti stretchy, tenunan mesin dan tenunan tangan. Wrap ini mengagihkan berat bayi secara rata ke atas kedua-dua bahu & pinggang; memberikan keselesaan untuk si pemakai bagi tempoh lebih lama. Wrap boleh digunakan untuk menggendong di hadapan, belakang & di pinggul. Menggendong menggunakan wrap adalah paling baik disarankan untuk bayi yang baru lahir kerana mereka menyokong floppiness dengan baik. Walau bagaimanapun, ia memerlukan keluk pembelajaran (learning curve) untuk mengikat. Ianya versatile dan sesuai untuk banyak saiz pemakai dan wearee itu. Wrap ini juga datang dalam beberapa campuran yang sesuai dengan keperluan si pemakai. Ia juga boleh digunakan sehingga prasekolah dengan cara yang selamat dan betul.


Join us in Babywearing Mamas for more info and discussion... Stay Calm and Keep wearing your baby

No comments: