Friday, August 8, 2014

::self-schooling activity:: Archery

Kami mungkin agak terlambat, tapi baru saja mula nak berjinak2 libatkan anak dengan xtvt Archery /memanah di sekolah rendah/ menengah. Terjumpa article di halaqah.net. So just nak share di sini:

➽ Pernahkah anda MEMANAH?
Daripada Salamah bin Al-Akwa R.A. beliau berkata, Nabi S.A.W. pernah melewati sekelompok Bani Aslam yang sedang memanah. Lalu Baginda bersabda, maksudnya:

"Memanahlah kalian wahai anak keturunan Ismail kerana sesungguhnya ayah kalian adalah seorang pemanah."
(H.R. Bukhari, no.2899)

✓ Jika belum bermula, inilah masanya. Jika sudah menjadi rutin, ajaklah sama orang di sekeliling. Kita pakat-pakat budayakan warisan Islam ini.

➽ Apakah keperluannya MEMANAH?

➻ KESELAMATAN

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan..."
(Al-Quran | Surah Al-Anfal, 8 : 60)

✓ Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. sendiri memiliki persenjataan yang lengkap semasa hayat Baginda? Ini di antaranya:

➶ Baju Besi : 7 pasang
➶ Topi Besi : 2 buah
➶ Pedang : 9 bilah
➶ Tombak : 3 bilah
➶ Alat Pelontar : 2 buah
➶ Busur Panah : 5 bilah
➶ Khemah : 1 buah

➻ SUNNAH

Daripada Uqbah bin Amir R.A. beliau berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya:

"Barangsiapa yang tahu cara memanah lalu dia meninggalkannya, maka dia bukan golongan kami atau sungguh dia telah bermaksiat."
(H.R. Muslim, no.1919)

✓ Salah satu tanda kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. adalah dengan melaksanakan apa jua Sunnah Baginda yang upaya kita lakukannya.

➽ Apa pula kelebihan MEMANAH?

➻ KEKUATAN TUBUH

Daripada Uqbah bin Amir R.A. beliau berkata, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda di atas mimbar, maksudnya:

"Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki.
Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah,
ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah,
ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah."
(H.R. Muslim, no.1917)

✓ Secara umumnya, kegiatan memanah yang sekarang ini dikelaskan sebagai aktiviti sukan sememangnya berupaya memberi manfaat kesihatan antaranya seperti yang berikut :

➶ Menguatkan tubuh keseluruhannya serta sistem rangka dan sistem otot khususnya ;
➶ Mengaktifkan otak dan merangsang fungsi-fungsinya ;
➶ Menambahkan kestabilan Sereberum (Hemisfera kanan dan Kiri) ;
➶ Merangsang Sistem Saraf Pusat (CNS) terutamanya sistem saraf motor ;
➶ Menajamkan daya penglihatan dan meningkatkan daya fokus ;
➶ Memperbaiki "Muscle Memory" pada otot kardio (jantung) ;
➶ Membantu untuk mengelakkan atheroma & trombosis terutamanya di saluran arteri ;
➶ Menggalakkan serta membaikpulih sistem endokrin dan sistem limfa (antibodi) ;
➶ Membantu kelancaran darah sekaligus dapat menambahbaik fungsi libido (kelelakian) ;
➶ Menstabilkan pernafasan dan fungsi paru-paru ;
➶ Memelihara postur badan yang ideal untuk lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak.

➻ MENDISIPLINKAN DIRI

"Bahawa `Umar bin Al-Khattab telah menulis kepada penduduk Syam supaya mengajar anak-anak kamu berenang, dan memanah, dan menunggang kuda."
(Kitab Fadha’ili r-Ramyi Fi Sabili Llah oleh Abu Ya`qub Ishaq bin Ibrahim ; 352-429H)

✓ Melalui latihan memanah yang berterusan, individu yang berkenaan sebenarnya telah mentarbiah dirinya agar sentiasa berusaha untuk mengawal/menguasai diri sekaligus membentuk disiplin yang baik.

✓ Manakan tidaknya, walaupun si pemanah mempunyai senjata yang mampu membunuh di tangannya, dia hanya akan melepaskan anak panah ke sasaran yang sepatutnya serta sentiasa menjaga keselamatan orang di sekelilingnya.

✓ Pendirian ini secara langsung telah memelihara Imannya, yakni keupayaan membuat pertimbangan yang benar dalam amanah yang diberikan. Tidakkah kita mahu generasi kita memiliki sifat sedemikian?

➻ SEMANGAT JIHAD

Sayyiduna Rasulillahi Sallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang menembak satu panah kepada musuh baik kena atau tidak kena, pahalanya setara dengan memerdekakan seorang budak.“
(H.R. Ibnu Majah)

wALLAHu 'alam




No comments: