Thursday, June 10, 2010

RMK10 : June 10, 2010

Memetik ucapan YAB Dato' Seri PM:

RMKe-10 – 10 Premis Utama

Sesungguhnya tumpuan mentransformasi negara ke arah mencapai Wawasan 2020 memerlukan kepada penekanan yang khusus dan menyeluruh. Seluruh tenaga dan fikiran perlu digembleng ke arah mencapai objektif ini. Rancangan ini digagaskan daripada 10 idea besar yang kini diterjemahkan sebagai 10 premis utama seperti berikut:

Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan dipacu oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu dan pembangunan inklusif. Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

RMKe-10 – Lima Teras Strategik

Dalam menerajui hala tuju bagi mencapai aspirasi RMKe-10, lima teras strategik utama telah dikenalpasti ke arah mencapai objektif serta sasaran yang telah ditetapkan dalam Rancangan ini. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA;

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi;

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif;

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; dan

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup

Rujukan sumber : http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/speech/files/RMK10_Ucapan.pdf

No comments: