Sunday, January 24, 2010

::It's already written::

Last night, while having Domino's with hubby n nothing interesting in TV, we watched this movie provided by kakde. Thank sis, great movie btw!!



Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh biasiswa untuk belajar di Al Azhar Mesir.

Baru setahun di Kairo dan menjadi mahasiswa cemerlang dan dikurniakan pangkat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak sulung, Azzam harus bertanggungjawab atas kehidupan keluarganya. Sementara itu, dia sendiri harus menyelesaikan pelajarannya. Akhirnya dia membahagikan waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Dia mula membuat tempe dan bakso yang ia pasarkan di Kairo. Azzam menjadi popular kerana kemahirannya memasak. Namun, Azzam terpaksa mengambil masa selama 9 tahun untuk menyelesaikan kuliahnya.

Selepas 9 tahun di perantauan dan menamatkan pengajiannya, Azzam kembali ke kampung dan segera mencari jodoh di sana, memenuhi amanat ibunya. Namun, kecemerlangan di dalam pelajaran tidak menjamin kemudahan dalam segala hal di dunia. Manusia telah ditetapkan berpasang-pasangan sejak di Loh Mahfuz. Terbukti Azzam akhirnya menikah dengan wanita yang dia dambakan, Anna Althafunnisa, walaupun cuba dijodohkan dengan puluhan wanita. Setelah dipinang sahabatnya sendiri dan pernikahannya kandas. Begitulah perancangan jika sudah menjadi ketetapan Ilahi, jika ditetapkan milik kita akan tetap menjadi milik kita, jika tidak walaupun sudah sekuat tenaga mempertahankan juga tidak akan menjadi milik kita.

Lesson of the day :

1. Bersyukur dan redhalah dengan ketetapan Allah

2. Yang baik pastinya dari Allah, yang cela dari diri sendiri. Namun apapun, kedua-duanya adalah dari Allah jua.

No comments: