Sunday, December 12, 2010

Muzikal Tun Mahathir 2 Dipentaskan Tanpa Erra, Zizan!

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Fotografi

KUALA LUMPUR, 10 DIS 2010: Baru sahaja dua bulan dipentaskan, kini CTRA Production dengan kerjasama Istana Budaya sekali lagi bakal mementaskan Muzikal Tun Mahathir Musim 2 (MTM2) di Panggung Sari Istana Budaya bermula pada 21 Januari 2011 hingga 30 Januari 2011.

Pementasan semula MTM2 ini menjadikan ia sebagai teater pertama di negara ini yang dipentaskan semula dalam tempoh yang singkat iaitu hanya tiga bulan selepas ianya dipentaskan dari 24 September 2010 hingga 9 Oktober 2010 yang lalu.

Penerbit MTM2, Siti Rohayah Attan berkata keputusan mementaskan semula teater ini dibuat berdasarkan permintaan ramai dan keinginan Tun Dr. Mahathir sendiri untuk menonton sendiri teater tersebut kerana dia pernah tidak berkesempatan menontonnya pada pementasan pertama.

"Saya telah pun mendapat keizinan daripada Tun Mahathir sendiri untuk mementaskan semula teater ini. Keizian dan restu itu saya perolehi melalui surat Tun Mahathir bertarikh 29 Oktober 2010 iaitu kira-kira 20 hari selepas selesainya persembahan pertama," jelasnya ketika ditemui dalam sidang media yang berlangsung di Istana Budaya petang semalam.

Menurutnya, pertemuan dan perbincangan bersama tenaga produksi untuk pementasan kedua ini masih lagi dijalankan dengan serius dan pantas memandangkan mereka hanya mempunyai masa hanya sebulan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Apa yang paling mengejutkan, dua pelakon utama dari pementasan pertama, Erra Fazira yang melakonkan watak Tun Siti Hasmah dan Zizazan Nin yang membawa watak Tun Mahathir ketika zaman remaja itu tidak dapat bersama-sama dalam pementasan MTM2 tersebut.

"Kami tidak dapat mengekalkan Erra dalam pementasan kali ini kerana jadual kerjanya yang padat dan bertindih dengan jadulal rehearsal dan pementasan kami. Mungkin kami perlu book Erra lebih awal tapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jadualnya sudah ditentukan lebih awal.

"Namun terus-terang saya katakan, kami masih lagi mencari-cari siapa yang boleh menggantikan Erra sebagai watak Tun Siti Hasmah itu. Bukan senang untuk memilihnya kerana seseoang itu perlulah berbakat dan mempunyai peribadi yang berkarisma. Kami akuinya, kami sudah kesuntukan masa, tetapi kami masih buntu dan akan mencarinya dalam masa yang singkat," katanya kepada murai.com.my.

Manakala Zizan pula, kata Siti Rohayah, pada awalnya dia memang sudah bersetuju untuk bersama-sama dengan pihak produksinya dalam pementasan kali kedua ini tetapi di saat-saat akhir pengurus Zizan sendiri pula yang tidak bersetuju dengan bayaran yang dikenakan.

"Memang terjadi dalam setiap produksi selalunya bayaran pertama akan lebih banyak kerana masa latihan panjang yang diperuntukkan. Musim kedua sepatutnya lebih mudah kerana masing-masing telah pun mengetahui perwatakan dan jalan cerita.

"Pengurus Zizan bagaimanapun telah meminta harga yang tidak pernah terjadi dalam sejarah Istana Budaya dan saya tidak dapat menyatakan di sini berapa bayaran yang diminta itu. Malah dia juga meminta royalti ke atas setiap barangan yang tertera gambar Zizan.

" Zizan pelakon yang bagus namun cara pengurusnya itu secara tidak langsung telah menutup peluang untuk dia berkembang," ujarnya yang sedang mempertimbangkan Ady Putra untuk menggantikan tempat Zizan Nin.

Namun pelakon asal seperti Esma Daniel, Misha Omar, Datuk Jalaludin Hassan dan Diana Johar masih terus dikekalkan, disamping mengetengahkan beberapa orang muka-muka baru antaranya Azean Irdawaty dan AC Mizal.

Teater ini juga masih mengekalkan Rosminah Mohd Tahir sebagai pengarah, manakala Ismail Kassan sebagai penulis skrip. Tiket-tiket berharga RM32, RM52, RM82, TM102, RM152 dan RM302 sedang dijual dan boleh diperolehi melalui www.ticket2u.bizatau datang sendiri ke kaunter di Istana Budaya.

Bagi keterangan langjut sila layari www.muzikaltunmahathir.blogspot.comatau menelefon 03-61866592 / 03-40265558/ 03-41478600.


credits- murai.com.my

Muzikal Tun Mahathir 2 is coming

It's a great news to hear that Muzikal Tun Mahathir is coming bax this January...I've missed the 1st staging n not gonna miss again...ada sapa2 berminat??leh g lepak n watch the show together...

The musical is all about kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, friends, pendidikan, penjajahan that had motivated Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpun yang ulung. His leadership had been shown since childhood. Tun telah mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surut juga ditampilkan. Tentang dilema dan kejayaan yang digapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakukan oleh Tun Mahathir sendiri. –adapted from a reading material-

Pelakon2 yang terlibat kebanyakannya masih dari the 1st serie except for Erra n Zizan since they had their own commitment being planned beforehand. So, watak untuk Tun M & Tun HAsmah still in hunting...besides, Kak Yan n AC Mizal was told to be the new face of MTM2...

Tak sabar dah nak menonton this MTM2 n u cud already buy/book/reserve the tix via ticket2u.biz. n for more info, get to this blog http://www.muzikaltunmahathir.blogspot.com


Saturday, December 11, 2010

Makna Bacaan dalam Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku, matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Friday, December 10, 2010

Rahsia Kelahiran Dalam Bulan Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.
Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Oh My Gucci

h'yall, it's been ages I havent update my blog since i've departed to DPA..a lot to share with u, readers....tears, joys, laughs, griefs...more n more...n plus few good news!!!

sambung nnt la,blh x??