Showing posts with label Baby food. Show all posts
Showing posts with label Baby food. Show all posts

Monday, May 20, 2013

GCDC2013

Wow, the longest pending post ever since April, phew.....Just a brief maybe.

This year Great Cloth Diapers Changing a.k.a GCDC 2013 held on April 20th, Syakir birthday!! Thus, we celebrated it by joining the event (2nd time) to support and bring more awareness for environment and the great benefits of using cloth-diapers. 

Memang happening with booths, talks and contests. Cumanya kali ni bukan untuk tujuan memecah rekod Guinness World Book Of Record macam 2012. (wah, Syakir involved in the history made for Malaysia Book of Record and Guinness World Book of Record). So, it's a bit relax and more fun. And this year, Syakir blessed with another birthday present (tahun lepas SSC Hootie Snuggbaby) from Sentuhan Qaseh Bonda (search it in FB ya!) which is a Wrap-Conversion-Ring-Sling from Natibaby oldrose/green. Other than that, let the picture do the talking. And as usual, the organizers doing their job greatly and the goodies bag so worth it..


The participants and organizers

The Cakes, 3 of them



Ini paling best

Thursday, April 11, 2013

Bentou For Syakir

Hari ni for lunch, Syakir bawak Oven Baked Macaroni Beef Casserole termasuklah lunch ibu n abah sekali. Senang cerita jer makanan Syakir ni. 

Bahan:

Bawang Holland dicincang (kalau takde, bawang merah pun ok)
Bawang putih dicincang
Daging dicincang
Elbow pasta (macaroni, penne or zite)
Tomato puree (mine is homemade)
cheese
Herbs
Salt and pepper
* sukatan terpulang masing2 ya

Caranya:

1. Rebus pasta dahulu dgn sedikit olive oil dan oregano herbs (sebab itu jer yg ada). 



2. Tumis bawang sehingga layu dan masukkan daging. Biarkan sehingga masak daging itu. 

3. Bila daging dah masak, masa ni boleh la masukkan tomato puree. Cara nak buat tomato puree adalah di sini.

                                     

4. Agak keluar air daging, masukkan herbs (oregano, basil, or anything suits u), kacau dan tutup api.

5. Parut keju sebanyak yang diperlukan. Kenapa saya parut? Sliced cheese or grated cheese sometimes are processed cheese, which means there'll be added extra salt plus more processing step, less nutrient remain. But I found that block cheese contained least sugar (yeah, saya sgt kedekut garam dlm mknn saya) but few brand, have the same amount of sodium in both block and grated cheese.



6. Dalam mangkuk, gaulkan daging dan pasta. Saya memilih untuk memasukkan tomato puree saya ketika ini. Gaulkan beserta cheese kalau mahu.


7. Tuang ke dalam greased container and bakar di dalam oven preheated 150 degrees for 40 minutes. Boleh jugak ditabur cheese di atas permukaan hidangan sebelum dibakar. Bentou Syakir.


Tomato Puree Homemade

Tomato puree untuk masak spagheti syakir is wholly homemade. Sebab making puree is the simplest things to be done. Make it in the weekend for usage on the weekdays. Storage in a container one-time-use portion in the freezer, thaw it overnight before use.

So cara2 nya ialah:

1. Tomato sebanyak yang diperlukan, dikelar di bahagian dasarnya dan dibuang kepalanya (yg tempat tankai tu). Cuci bersih2.

2. Masukkan dalam periuk bersama air secukup tutup separuh tomato tu dan rebus. To retain more nutrient, it's best to steam them.

3. Bila kulitnya dah menggelupas, tutup api dan boleh cuba kupas kulitnya.

4. Then terakhir, blend bersama air rebusan. Letak dalam bekas dan tunggu ia sejuk lada suhu bilik sebelum disimpan.

Mudah sgt dan pelbagai guna. Boleh masaka pasta bolognese, baked macaroni, ayam masak merah dll.

Saturday, April 6, 2013

Syakir's Breakfast

Hari ni breakfast mudah, lempeng pisang or bahasa kampungnya banana pancake.

Bahan:

Pisang dilenyek (berapa biji, ikut suka as it's natural flavouring)
Secawan tepung (ada orang guna tepung atta, ada yang guna gandum)
Sebiji telur kalau anak takde allergy (pukul sampai betul kembang so ur pancake will be fluffy)
Susu secawan (be it FM or fresh bjt I love fresh milk)
Madu (for baby over a year old)
Butter sikit

Cara:

Lenyek pisang dan campurkan semua bahan. Sebatikan dan boleh dimasak atas non stick pan. Oh ya, I skipped from using soda bicarbonate or any serbuk penaik as it isn't good for the baby.



Tuesday, April 2, 2013

Rule of Thumb of Banana - A Banana A Day Keeps A Doctor Away

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

 
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. 

Pisang VS Epal

Pisang ada 4x protin
Pisang 2x karbohidrat
Pisang 3x fosforus
Pisang 5x vitamin A 
Pisang 5x zat besi
Pisang 2x vitamin dan mineral lain. 
Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

credit : hsffyb group n internet source

Saturday, March 30, 2013

Food For Baby

When talking and discussing about solid food for baby, it's always comes to mommy : What to serve, when to start, how to make it, which the best etc. Simply because, we mothers, wanted only the best to our baby. Tapi, what best to me sometimes isn't the right thing for another mommy and vice versa. What I could say is, try and error, with some reading, guidance and reference. For me, anything and everything I did is an informed decision.

So, what is the best source of food for baby? For 6 months and below, I strictly say, breastmilk. Why? As our baby came into this world, this lil fellow's inner system has yet to fully mature to digest more complicated molecules than breastmilk. It's still in adapting phase jadi STOP GIVING SOLID FOOD (walau bancuh cair2 dalam susu n bagi thru bottle, itu disaster) to baby below 6 months. Kenapa? u need reason mommas? Go n google 'usus bayi pecah' or orang kampung saya sebut 'intussusception'.

After 6 month, breastmilk masih lagi berperanan sebagai punca makanan or sumber nutrien/zat bagi kanak2. I have no doubt memandangkan Rasulullah sendiri menyusu badan sehingga 2 tahun and extended. Islam juga ada menyebut, "Air kencing kanak-kanak lelaki berusia bawah 2 tahun dan yang hanya minum susu ibu adalah najis mukhaffafah iaitu najis ringan yakni cara penyucian cukup sekadar dengan memercikkan aor mutlak ke atas najis itu". Wallahu 'alam

Makanya di situ, boleh jika kita mahu untuk hanya menyusukan anak lelaki (secara eksklusif) dgn hanya susu ibu, provided si ibu wajib menjaga pemakanannya, sumber zat etc sebab anak akan memperoleh zat yang dihasilkan melalui susu. Kalau ibu tak mengamalkan pemakanan seimbang, habis zat2 dari badan ibu digunakan utk hasilkan susu. So go REAL GOOD FOOD always.

How do we supposed to cook our baby's food so that the nutrient remained and not destroyed? Jadi,yang terbaik adalah :
  1. kukus sayur/buah instead of rebus to preserved the nutrient
  2. tidak digalakkan untuk menumis makanan bayi dgn minyak yg banyak. Kalau setakat tumis dgn minyak sedikit sahaja sebab baby jugak perlukan lemak dalam makanan. Few options are olive oil (ini pun akan kita bincang, types of olive oil) or butter.
  3. kalau nak buat puri, buah2 yang lembut boleh dilenyek terus sebelum diberi kepada bayi yang belum pandai mengunyah. kalau buah yang perlu dilembutkan dulu, better to steam it rather than boiled it.
  4. kalau nak bagi anak daging (ayam, lembu or ikan) it's best to rebus, reneh or kukus untuk anak2 bawah 2 tahun. Memanggang dan membakar adalah elok untuk 2 tahun dan ke atas tapi pastikan ianya betul2 masak.
  5. to make thing easy, boleh prepare bahan2 makan dulu dan sejukbekukan. bila nak guna, WAJIB thaw dulu dlm fridge bahagian bawah. Jangan letak dlm rendaman air atau dlm singki. Makanan yang telah thawed, kena habiskan, jgn bekukan semula untuk elak dari pertumbuhan bakteria.
  6. Say NO to gula, garam, kicap apatah lagi perasa untuk anak bawah 1 tahun. Moving forward after a year, boleh try on herbs such as basil, ketumbar, oregano, jintan etc.
  7. Pastikan alatan yg digunakan betul2 bersih, walaupun tidak disteril. Penggunaan bakes untuk tujuan bekalan anak pun kena make sure appropriate nk sustain d temperature and nutrient. Best to use bekas yg tidak menyebabkan tindakbalas kimia such as polisterin and plastik.
  8. Best to use REAL FRESH FOOD. Untuk anak2 selepas setahun dan boleh makan dairy product, boleh introduce yoghurt and fresh milk. As for yoghurt, look for natural, fresh one. Bukan low fat or perisa. Nak tambah perisa? beli buah segar, blend dgn yoghurt, dah boleh yoghurt perisa.
  9. Introducing eggs kena ikut the appropriate steps to prevent allergy reaction.
  10. Semua makanan baru yang nak diperkenalkan, mesti lalu 4-days-wait-rule ya.






Ccourtesy : internet source and FB group.

Thursday, March 28, 2013

Syakir's Breakfast

Hari ni dah takde idea nak masak apa untuk Syakir for breakfast. Hurm, tengok dkt dapur n I found ada roti sikit lagi, hari2 sapu jem or butter dah jemu jugak. Susu fresh milk ada jugak, butter pun dah beli. So, I've decided to make some pudding, the real simple pudding.

Bahan2:

Roti sekeping
Fresh milk secukupnya
Unsalted Butter
Kurma untuk pemanis

Caranya:

Roti dicarik-carik dan susun dalam ramekins. Since untuk Syakir makan, buat dalam 2 bekas jer. 1untuk mkn di rumah m satu lagi bekal ke nursery.

Dalam bekas lain, campur susu dan sedikit unsalted butter. Then tuang dalam ramekins yang dah disusun dgn roti. Tuang susu sampai tenggelam roti, tekan2 sikit. Last, cubit2 kurma dan susun atas puding. Kalau ada puri kurma, boleh campur terus dlm susu tadi. Dah boleh kukus for about 10 minutes. Boleh dimakan sejuk or panas, ikut kesukaan masing2.


Disclaimer:

  1. Puding ni with no egg so anak yg dah start n has no allergy reaction towards wheat and dairy product boleh mkn. 
  2. Susu fresh milk sesuai utk anak setahun ke atas. Kalau anak masih menyusu badan, boleh guna expressed breastmilk.
  3. No sugar added, manis solely from kurma and susu sahaja.

Monday, March 25, 2013

Baby Solid Food

Entry kali ni kita share on baby solid food. I started my baby on solid at the age of 7 months, lambatkan? Kerana from few of my reading, I found this :

Your baby will give you clear signs when he's ready to move beyond liquid-only nourishment. Cues to look for include:
  • Head control. Your baby needs to be able to keep his head in a steady, upright position. --CHECK (he has his head control at the age of 10 weeks old)
  • Losing the "extrusion reflex." To keep solid food in his mouth and then swallow it, your baby needs to stop using his tongue to push food out of his mouth. -- CHECK (he knows well how to eat sebab asyik barang masuk mulut)
  • Sitting well when supported. Even if he's not quite ready for a highchair, your baby needs to be able to sit upright to swallow well. - CHECK (he started sitting unaided at the age of 5 months)
  • Chewing motions. Your baby's mouth and tongue develop in sync with his digestive system. To start solids, he should be able to move food to the back of his mouth and swallow. As he learns to swallow efficiently, you may notice less drooling – though if your baby's teething, you might still see a lot of drool. -- NOT CHECK (he keeps drooling heavy)
  • Significant weight gain. Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight (or weigh about 15 pounds) and are at least 4 months old. -- NOT CHECK (he gain gradually after he started being mobile)
  • Growing appetite. He seems hungry – even with eight to ten feedings of breast milk or formula a day. -- CHECK
  • Curiosity about what you're eating. Your baby may begin eyeing your bowl of rice or reaching for a forkful of fettuccine as it travels from your plate to your mouth. -- CHECK
 So bila ada syarat yang dia masih belum fulfill, I hesitate to start him on solid. I visit a lot at http://wholesomebabyfood.momtastic.com/, facebook group homemade solid food for baby and few more webbie.

Ok, permulaan sharing. meh kita belajar tentang CARBO. Please do refer the poster below. Taken it for sharing purposes from HSFFYB facebook group. So, carbo bkn la semata-mata nasi, ada few types of carbo. Dan carbo bila diproses akan menghasilkan gula yang seterusnya digunakan sebagai tenaga. Tapi bila ianya tidak digunakan, habislah..Kenapa kita delay in introducing carbo utk anak? Baca dulu poster ni.


How carbohydrate digested?

Penghadaman Karbohidrat di Dalam Mulut

Penghadaman karbohidrat bermula dari dalam mulut, tapi takde proses penyerapan yang berlaku. Proses bermula dengan pemecahan molekul panjang polysaccharide of complex carbohydrates when the teeth and tongue break the food down into smaller bits while the salivary glands moisten the food with the assistance enzyme salivary amylase* melalui tindakan mengunyah. Chewing physically breaks carbohydrates into smaller pieces and form a bolus (ball) and make the food easier to swallow, creating more surface area for salivary amylase to begin working. However, saliva also serves another purpose -- breaking down simple carbohydrates with an enzyme called amylase. Selepas mengunyah, molekul-molekul tersebut ditelan dan akan melalui esophagus untuk ke perut di mana stomach acid stops the effectiveness of salivary amylase. No additional carbohydrate digestion occurs until the mixture moves from the stomach into the small intestine, according to the University of Wisconsin Online Advanced Anatomy and Physiology program. However, when the diet contains carbohydrates not easily digestible, digestion and absorption take place mainly in the ileal portion of the intestine. So think of our baby's new system which still in adapting session, wouldn't u being too hard to your baby?

Penghadaman Karbohidrat di Dalam Perut

Di perut, proses penghadaman karbohidrat sangat minimal, mainly protein were digested in stomach. Bukan tak ada tapi minimal, the stomach does release gastric amylase, which plays a small part in carbohydrate digestion, but the main purpose of the stomach is to churn food into a substance called chyme, initiate protein digestion, and store food on its way to the small intestine.

Penghadaman Karbohidrat di Dalam Usus

Apabila karbohidrat (dalam bentuk yang lebih pendek setelah dipecah-pecahkan semasa proses kunyahan) masuk ke dalam small intestine, enzim pancreatic amylase, released from the pancreas, continues breaking down long saccharide chains from complex carbohydrates into disaccharides, or dual-molecule sugars such as sucrose. 

Additional enzymes -- lactase, maltase and sucrase -- then break disaccharides down into monosaccharides, or single molecule sugars such as glucose. Refined carbohydrates such as white flour and sugar are digested swiftly and mostly absorbed rapidly in the upper end of the small intestine, according to the United Nations Food and Agricultural Organization. 
More complex, less easily digested carbohydrates such as whole grains are digested toward the lower end of the small intestine, near the ileum. The villi, or small finger-like protrusions in the intestine and ileum that absorb digested materials, vary depending on whether the diet is rich in refined or whole grain carbohydrates. As the chyme is released into the small intestine it moves into the duodenum, jejunum and ileum. When the sugars reach the small intestine, they are in dissacharide -- dual chain - form and still too big for absorption by the small intestine.

In the duodenum, the pancreas releases pancreatic amylase, which initiates the process of breaking disaccharides down into monosaccharides, or single chain carbohydrates.
The jejunum and ileum also releases four enzymes that break dissacharide carbohydrates into monosaccharides. Sucrase breaks down sucrose into glucose and fructose. Maltase breaks down maltose into glucose. Isomalase breaks down maltose and isomalose into glucose. Lactase breaks down lactose into galactose and glucose. These monosaccharides are then absorbed by the villi in the small intestine, into the blood stream, and used as energy by the mitochondria in the cells.

Input
Enzyme
Ouput
starch
pancreatic amylase
maltose
maltose
maltase
glucose
Lactose
lactase
glucose and galactose
Sucrose
sucrase
glucose and fructose
The end products of carbohydrate digestion are simple sugars (glucose, fructose, and galactose) which can be absorbed. 

*Amylase hydrolyzes iaitu proses memecahkan  molekul-molekul air kepada anion OH dan kation H of starch to alpha-dextrin, which are then digested by gluco-amylase (alpha-dextrinases) to maltose and maltotriose. The products of digestion of alpha-amylase and alpha-dextrinase, along with dietary disaccharides are hydrolyzed to their corresponding monosaccharides by enzymes (maltase, isomaltase, sucrase and lactase) present in the brush border of small intestine.

Jadi, boleh kita bayangkan andai bayi yang baru hendak diperkenalkan makanan diberi dengan pelbagai jenis hidangan karbohidrat. Bayangkan kecelaruan sistem penghadamannya yang baru hendak mengenal jenis2 makanan, baru hendak belajar merembeskan enzim dan bagaimana sistem yang terlalu muda itu nak segregate kan makanan2 yang dimakan. Kesian anak kita, kan? 

Jadi sebagai intro untuk solid food anak-anak, adalah terbaik jika kita ikut kesesuaian makanan dan sistem penghadamannya. Gradually, we improve the taste and texture, mengikut umur dan penerimaan anak. It's best to start after the baby reach 180 days (7 months if that the case) and ensure the baby has developed all the needed skill before we start them on solid. Bukan semestinya 6 bulan jer dah boleh start makan. And practice 4 days-wait-rule 
.
  


courtesy:
  1.  http://www.livestrong.com/article/488801-how-are-carbohydrates-digested-absorbed-eliminated/
  2. http://www.ehow.com/how-does_4896605_how-carbohydrates-digested.html
  3. http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=7&cad=rja&sqi=2&ved=0CHEQFjAG&url=http%3A%2F%2Fwww.mc.edu%2Ffaculty%2Findex.php%2Fdownload_file%2F1544%2F7%2F&ei=3blPUa6-LYyQrgftioCwDQ&usg=AFQjCNHjrCH68tMjKc0G9wqQCoRx23sMcg&sig2=2ICxBdvJ7cmLWA3lSOhi0w&bvm=bv.44158598,d.bmk 
  4. http://wholesomebabyfood.momtastic.com/4daywaitrule.htm

Friday, March 22, 2013

Food Food Food

Kali ni kita bercakap tentang VITAGEN / CALCIYUM dan yang sewaktu dengannya. Ilmu ini dikongsikan oleh sahabat-sahabat di dalam facebook group dan saya panjangkan lagi perkongsian ini kepada circle yang lebih luas. So, all credits to the group member (HSFFYB dan Solid Food For My Baby)

Sehingga sekarang, Syakir never had his VITAGEN and anything that related to it. Sebab saya ada doubt on how fresh is this Vitagen yang Didinginkan Suhu Bawah 4'C. Then, how much sugar been added in Less Sugar product (oh, kalau saya pun rasa manis belecas, bak kata org Penang, apa pulak anak saya).


Salahkan my lil knowledge in Chemistry and Food Tech (lol), tapi apa itu ramuan dalam vitagen:
  • Pepejal Susu - ada casein susu boleh menyebabkan alahan bagi baby bwah 1 tahun
  • Fruktosa -- ini kan gula. meh baca sikit - Fructose is a carbohydrate, and is a simple sugar found in fruits. It is often called just "fruit sugar". Fructose is called a simple sugar or a monosaccharide because it is one of the smallest units which has the characteristics of this class of carbohydrates. It is classified as the sweetest of all the sugars.
  • Jus Oren
  • Glukosa -- ini juga keluarga gula saya petik sikit -Glucose is a carbohydrate, and is the most important simple sugar in human metabolism. Glucose is called a simple sugar or a monosaccharide because it is one of the smallest units which has the characteristics of this class of carbohydrates. Glucose is also sometimes called dextrose. Corn syrup is primarily glucose.
  • Kultur Laktobasilus
  • Mengandungi Kondisioner Makanan
  • Bahan Perisa Dan Bahan Pewarna Yang DiBenarkan 

Fruktosa (gula dari buah) & Glukosa (gula juga) adalah gula dalam bentuk sintetik bukan natural. Dan melalui ilmu saya yang cetek mengenai kimia, sesuatu sintetik pasti ada kesannya, baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Besides ada gula buah..tambah plak gula glukosa lagi.

Ditambah lagi dengan Kondisioner Makanan Bahan Perisa Dan Bahan Pewarna Yang DiBenarkan. Banyak kajian menunjukkan tambahan bahan2 seperti ini menyebabkan peningkatan Autism dan hyperactivity di kalangan anak2. Hyperactive kids kalau tidak di kawal menyebabkan remaja yang bermasalah. Apa yang kita makan itulah yang akan membentuk kita.

Maklumat Makanan:
Setiap 125ml mengandungi
59kal
0.9protein
13.9 karbo
13.4 gula

Bagi mereka yang pernah menghidap ada GDM, mereka hanya dibenarkan mengambil 2 portion of carbo in a big meal. 1 portion is around 15g. 15g carbo adalah bersamaan 1/2 cawan nasi
rujuk : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeeHccUv6iPaRlyX572oNqPBRKG4lUTwkkVjqmFpeMrjhyR7Wa_AmYEKxMVFRrvrogheS3O_GlsIwlrOG4_0NKKt0gSCajdtBDItZ-YpnWBh1KL_GD7j1n8ic5zXoJwlxZZFMOkqLC7DTb/s1600/carbo1.jpg

More reading on GDM:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1052018/, http://emedicine.medscape.com/article/127547-overview

Paras gula yang terlalu tinggi dalam darah baby akan menyebabkan buah pinggang bekerja keras, makanya in long term kemungkinan mendapat diabetis atau kerosakkan buah pinggang semakin tinggi. PERIOD.
A big risk to take for such a small 125ml bottle.


bila agaknya masa yang sesuai untuk intro makanan bergula pada anak? It's ur choice and as for me, not till now. Syakir were given something sweet as in fruits. He eats kurma, fruit as snack.
Ini rujukan tentang penggunaan gula pada bayi:
  • 1 sudu kecil gula bersamaan dengan 4.2 gram sugar
Kanak-kanak berumur 4-8 tahun dengan pengambilan kalori harian 1600 kalori sekalipun perlu mengambil tidak lebih daripada 130 kalori gula atau kira-kira 3 sudu teh sehari.

The sugar in 100g serving Calci Yum ada 10.7g sugar (2 sudu teh, nearly 3/4 dari daily serving yang diperlukan oleh budak berumur 4-8 tahun bukan budak 1 tahun tau)

The same serving of yoghurt plain Farm Fresh is only 5.3g Carbs berbanding 15.6g carbs dalam Calci Yum.
Ini yogurt anak saya yang saya blend dgn buah-buahan macam mangga, pear, banana or apple. 15.6g sama dengan 1 biji apple merah, 1 biji pisang, 8 biji anggur dan 1 potong betik yang sudah tentunya mempunyai khasiat yang lebih jika dibandingkan.

Paling senang, bayangkan ianya sama dengan 3/4 cawan nasi.

Pada masa kanak-kanak itu berusia 4-8 tahun, penggunaan gula naik mendadak kepada purata 21 sudu teh sehari. Kajian yang sama mendapati 14-18 tahun kanak-kanak pengambilan gula yang di setiap hari, purata kira-kira 34.3 sudu teh. So, let's make a revolution in our daily food intake. Make a kick start for a better tomorrow for our kids. Bawa dlm perut 9 bulan but we acted as if we are harming them while brought them up. Any how, this a choice to make, make it as an informed decision.

Statistik 2006 hingga 2008 pula menunjukkan 630 kanak-kanak dan remaja dikesan menghidap diabetes dengan sesetengah mereka sudah mula menerima suntikan insulin sejak berusia setahun.

Terbukti : JANGAN BAGI CALCIYUM SEBELUM 4 YEARS OLD.

I love watching the food revolution by Jamie Oliver, it's really an eye-opening program.

courtesy: internet source, facebook group

Tuesday, March 19, 2013

Mitos mengenai susu ibu

Perkongsian bersama untuk semua dan peringatan untuk diri sendiri agar tidak culas melaksanakan tanggungjawab pada negara dan juga anak dalam 1 masa. Shared by my friend whom love to breastfeed as well.

♥ Susu kering
::: Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.
Hakikatnya anatomi badan wanita telah dilengkapkan sepenuhnya oleh Yang Maha Pencipta untuk menyusukan anak, be it anak kandung, anak angkat atau anak susuan, andai kena caranya. Klik Sini. Yakin bahawa rezeki itu dari Allah dan anak itu pembawa rezeki makanya rezeki untuk si anak pasti ada. cuma Allah takkan ubah nasib hambaNya jika kita tidak berusaha untuk mengubahnya.

♥ Luka
::: Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan. 
Pastikan bayi latching dengan betul. Namun, ada juga keadaan anak yang tidak dapat latch dengan naturally akibat daripada masalah tongue tie. Andai ini berlaku, berjumpalah dan dapatkan nasihat dari pakar; pakar kanak-kanak dan pakar laktasi.

♥ Penyebab sakit kuning
::: Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya. 
Malahan susu ibulah ubat paling mujarab bagi jaundice. Cuma apabila kita menyusukan bayi, kita harus peka dan menjaga segala pemakanan kita. Mungkin pemakanan kita menyebabkan bayi jaundice akibat alahan kepada sesuatu benda. Ringkasnya, BUKAN SUSU IBU penyebab jaundice tapi apa yang diambil oleh ibu dalam diet dan diterjemahkan dalam bentuk susu yang diminum si anak. Di sini peranan ibu2 dan bapa2 untuk terus mencari dan belajar tentang segala aspek tentang susu ibu.

♥ Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah
::: Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan. 
Kita kena pastikan apa penyebab anak muntah. Peka dan analisis segala sudut.

♥ Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat
::: Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

♥ Makan banyak untuk hasilkan banyak susu
::: Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.
Diet seimbang is the key, elakkan mengamalkan 'dedak' yang terlampau banyak dijual hari ini. Go for real food instead. Kenapa kita suka sangat jalan mudah, bancuh itu, goncang ini, instead of masak makanan yang sebenar untuk diri sendiri, suami dan anak-anak? Come ibu/umi/mommy/mama/bonda/amma and all, go for real food, do the food revolution.
Food Revolution, Jamie Oliver, Jamie Oliver 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saturday, February 16, 2013

::Eat, eat, eat::

Perlukah penambahan garam dalam makanan bayi yang baru diperkenalkan makanan pejal? Reaksi yang sering saya peroleh ialah, "Kesiannya anak kau, makan takde berasa", "Bubuhlah garam sikit, mana dia nak makan macam ni punya masak" etc. All my reaction is, Syakir makan macam ni, with a smile. Jadi ini kupasan perbincangan pertama saya mengenai pemakanan anak2. More that i need to read n search.

I started Syakir's solid with fruit puree, avocado, to be exact. Why did I chose avocado over everything he could eat? 'Eleh, nak tiru omputeh la tu..', ' kalau Melayu tu buatla cara Melayu, makan nasik.' Hurm, sebenarnya banyak lagi pandangan dan pendapat orang but I have strong reason with some reading n research done.. Avocado is known as a superfood, full with nutrition and a good choice as first solid food. Tapi lain orang, lain cara, lain idea, lain pemikiran, lain bahan bacaannya. so tepuk dada tanyalah hati. If you could your time browsing for tudung online, diet supply, fashion, gosip artis (and the list goes on) kenapa tak boleh browse info for our baby, about parenting? 'takpe, pengalaman mengajar.' Then, all I could say is NADA.

As introduction, buah pinggang bayi dan anak kecil belum cukup matang lagi untuk memproses garam yang berlebihan daripada makanan. Jika anak memakan garam yang berlebihan, dalam jangka panjang, buah pinggang anak mungkin mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki.

Untuk rujukan (anda boleh membuat more research and own reading regarding this) semua, keperluan garam sehari bagi:
i) Bayi kurang dari setahun adalah <1g 400mg="" atau="" g--="" sodium.="">
ii) Kanak-kanak 1-3 tahun, 2g ( ~800mg sodium)
iii) Kanak-kanak 4-6 tahun, 3g (~1200mg sodium)
iv) Kanak-kanak 7-10 tahun, 5g (~2000mg sodium)
v) 11 tahun ke atas, 6g (~2400 mg sodium)

Walaupun garam merupakan nutrien penting dan diperlukan oleh badan manusia, ia terdapat dalam jumlah yang mencukupi dalam susu ibu, nasi dan kebanyakan makanan yang biasa diberi kepada bayi. Oleh itu, jangan tambah garam atau bahan perisa buatan yang lain kepada makanan bayi. Kemestian untuk menambah garam bergantung pada kesukaan peribadi seseorang. Untuk anak-anak yang melebihi umur setahun, makanan mereka boleh ditambah garam, tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Cuba kurangkan kandungan garam dalam makanan anak-anak (dan ahli-ahli keluarga yang lain) secara beransur-ansur, dan selepas lebih kurang seminggu, anda akan mendapati bahawa kebanyakan makanan sudah cukup sedap tanpa ditambah garam.

Untuk makanan bayi, adalah terbaik jika bahan perasanya adalah dari sumber asli contohnya ikan bilis, ayam, labu, kurma, kismis, jus limau etc, bergantung kepada rasa yang diinginkan dan umur anak. Bagi bayi yang telah mencapai umur yang sesuai untuk diberikan dairy product (cheese or yoghurt), carilah yang bersesuaian. Bagi cheese, setelah dibuat pemerhatian dan carian, cheese block come with less sodium (differ brand, differ amount) tapi perlu dipilih juga. 
My favorite cheese block

Untuk yoghurt atau susu segar, (bayi yang telah mencapai setahun, sesuai untuk minum susu segar jika anda tidak menyusukan dengan susu badan. Susu segar adalah lebih baik dari formula milk, boleh rujuk sini) go for fresh one, elakkan low fat n flavoured.



Ingat! Jangan sekali-kali menambah garam kepada makanan bayi. Penambahan garam pada makanan bayi akan membahayakan kesihatan bayi. 

Courtesy of sources : Kelab Penyusuan Si Manja, Solid Food For Baby, www.wholesomebabyfood.com