Showing posts with label Homeschooling. Show all posts
Showing posts with label Homeschooling. Show all posts

Monday, August 25, 2014

::Self-schooling activity:: ~Horse-riding~

Aktiviti apa minggu lepas? It was a gloomy weekend as well after August 22nd was announced as hari #Malaysiaberkabung. Hujung minggu terakhir Syawal jugak. So, hari Sabtu pergi beraya dan ahad beriadah.. It's been an overdue activity since we've promised Akir, we promised him for a horseriding. Initially, we were thinking of going to Taman Tasik Titiwangsa but with the unexpected weather these days, usual evening pour won't let us have a ride.

So on Sunday evening around 4, after Akir's naptime, my husband suggested to have a drive around Putrajaya.. 

And I thought, "Huh? takde kerja ke?" 
And I got replied, "Ahad kan, memang tak kerja" *teardrops*

Jadi, ikut jelah orang dah ajak. And as we had our evening ride, my husband thought of going to Putrajaya Equestrian Club in Precint 5. He was about to tell Akir but I stopped him. Baik pegi tengok dulu ada ke idak, karang takde ngamuk lak hero kenit tu. Akir was so overjoyed, thinking of going to 'Hari Raya'. Takpelah 'nak..

As we approached the club, Akir was so anxious. Mana ade rumah orang ni. He mumbled all alone. And as he saw a horse walking around the paddocks, he went over the moon.. "Nak naik horse!!" he screamed his lungs out.. We know he is so gonna be excited *happymama*

Once parked, he rushed to the paddock. Tak sabar2...


Bayar sendiri tu


They have a white pony and a horse. It costs RM5 for a ride, bolehlah untuk bagi dia happy.


So, he started with the lil one. Grabbed by his own a helmet and waited. Let the pictures say it all..






And then, he went up to the black horse with Abah. Takde cuak langsung, he is enjoying the moment.




So now, we were thinking of sending him for a horse-riding class since he showed a lot of interest in it. Memanah dah, berenang dah, now let start him with horse-riding before we could combined all together into 1 skill, insyaAllah..Allahumma yassir wala tuassir..

Monday, August 18, 2014

::Self-schooling activity:: ~Playdough~

So this entry is about my son enjoying his one of many play-dough time. We let him exploring and experimenting with this dough. Buat sendiri, cost rendah makanya lantak la nak campur ke nak apa ke..dah abis, ibu buat lagi yer...Kos?

Tepung gandum 1kg = RM2.00 (tak habis sekilo pun)
Cream of Tartar = RM3.00++ (depending on size n kedai, ini mmg habis)
Garam = RM1.00++ (pilih paling murah, bukan untuk dimakan jadi tak payah la guna yang garam bukit bagai)
Air, minyak masak = kos minimum

Hasil? selambak kot...I could get my fist-size of clump for each colour, worth every RM rather than buying a cup of RMxx. Inilah hasil kreativitinya..





Let him explore and experiment with my mould. Takpe, boleh basuh dan tidak bertoksik. Masuk mulut pun takpe, benda dah masak tapi boleh jamin mesti dia luah balik sebab MASIN!!!







::Self-schooling activity:: How to make a playdough

Playdough is one among Syakir's favourite activity. So, to buy a small container of it cost quite a lot hence I did Google for alternative. You will find the cook recipe n non-cook recipe but I love the cook one as it tends to last longer if u keep it in fridge. I made this for Akir a week before my due date and it last for about a month or so if keep well refrigerated. This amount of dough can b used up till few times or depending on the amount of you using each time.

Resepinya:

a cup of flour

1/3 salt
2 teaspoon of cream tartar
Food colouring

Cara-caranya:

1. 1 cawan tepung gandum + 1 cawan air + 1 sudu makan minyak + 1/3 cawan garam + 2 sudu teh cream of tartar --> dicampurkan dan dikacau di atas dapur dengan api kecil


2. Bila dah agak sebati, tambah beberapa titik pewarna makanan. Kacau di atas api kecil sehingga sebatian tadi mula masak dan menggumpal sehingga lekang dari dinding periuk.

3. Bila dah masak, tinggalkan sebentar untuk doh sejuk. 

4. Sejukkan doh sehingga boleh diuli. Uli beberapa kali dan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Sebelum simpan, balut doh dengan pembalut plastik makanan (clingwrap) supaya doh tahan lama.

Selamat mencuba!!

Friday, August 8, 2014

::self-schooling activity:: Archery

Kami mungkin agak terlambat, tapi baru saja mula nak berjinak2 libatkan anak dengan xtvt Archery /memanah di sekolah rendah/ menengah. Terjumpa article di halaqah.net. So just nak share di sini:

➽ Pernahkah anda MEMANAH?
Daripada Salamah bin Al-Akwa R.A. beliau berkata, Nabi S.A.W. pernah melewati sekelompok Bani Aslam yang sedang memanah. Lalu Baginda bersabda, maksudnya:

"Memanahlah kalian wahai anak keturunan Ismail kerana sesungguhnya ayah kalian adalah seorang pemanah."
(H.R. Bukhari, no.2899)

✓ Jika belum bermula, inilah masanya. Jika sudah menjadi rutin, ajaklah sama orang di sekeliling. Kita pakat-pakat budayakan warisan Islam ini.

➽ Apakah keperluannya MEMANAH?

➻ KESELAMATAN

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan..."
(Al-Quran | Surah Al-Anfal, 8 : 60)

✓ Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. sendiri memiliki persenjataan yang lengkap semasa hayat Baginda? Ini di antaranya:

➶ Baju Besi : 7 pasang
➶ Topi Besi : 2 buah
➶ Pedang : 9 bilah
➶ Tombak : 3 bilah
➶ Alat Pelontar : 2 buah
➶ Busur Panah : 5 bilah
➶ Khemah : 1 buah

➻ SUNNAH

Daripada Uqbah bin Amir R.A. beliau berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya:

"Barangsiapa yang tahu cara memanah lalu dia meninggalkannya, maka dia bukan golongan kami atau sungguh dia telah bermaksiat."
(H.R. Muslim, no.1919)

✓ Salah satu tanda kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. adalah dengan melaksanakan apa jua Sunnah Baginda yang upaya kita lakukannya.

➽ Apa pula kelebihan MEMANAH?

➻ KEKUATAN TUBUH

Daripada Uqbah bin Amir R.A. beliau berkata, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda di atas mimbar, maksudnya:

"Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki.
Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah,
ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah,
ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah."
(H.R. Muslim, no.1917)

✓ Secara umumnya, kegiatan memanah yang sekarang ini dikelaskan sebagai aktiviti sukan sememangnya berupaya memberi manfaat kesihatan antaranya seperti yang berikut :

➶ Menguatkan tubuh keseluruhannya serta sistem rangka dan sistem otot khususnya ;
➶ Mengaktifkan otak dan merangsang fungsi-fungsinya ;
➶ Menambahkan kestabilan Sereberum (Hemisfera kanan dan Kiri) ;
➶ Merangsang Sistem Saraf Pusat (CNS) terutamanya sistem saraf motor ;
➶ Menajamkan daya penglihatan dan meningkatkan daya fokus ;
➶ Memperbaiki "Muscle Memory" pada otot kardio (jantung) ;
➶ Membantu untuk mengelakkan atheroma & trombosis terutamanya di saluran arteri ;
➶ Menggalakkan serta membaikpulih sistem endokrin dan sistem limfa (antibodi) ;
➶ Membantu kelancaran darah sekaligus dapat menambahbaik fungsi libido (kelelakian) ;
➶ Menstabilkan pernafasan dan fungsi paru-paru ;
➶ Memelihara postur badan yang ideal untuk lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak.

➻ MENDISIPLINKAN DIRI

"Bahawa `Umar bin Al-Khattab telah menulis kepada penduduk Syam supaya mengajar anak-anak kamu berenang, dan memanah, dan menunggang kuda."
(Kitab Fadha’ili r-Ramyi Fi Sabili Llah oleh Abu Ya`qub Ishaq bin Ibrahim ; 352-429H)

✓ Melalui latihan memanah yang berterusan, individu yang berkenaan sebenarnya telah mentarbiah dirinya agar sentiasa berusaha untuk mengawal/menguasai diri sekaligus membentuk disiplin yang baik.

✓ Manakan tidaknya, walaupun si pemanah mempunyai senjata yang mampu membunuh di tangannya, dia hanya akan melepaskan anak panah ke sasaran yang sepatutnya serta sentiasa menjaga keselamatan orang di sekelilingnya.

✓ Pendirian ini secara langsung telah memelihara Imannya, yakni keupayaan membuat pertimbangan yang benar dalam amanah yang diberikan. Tidakkah kita mahu generasi kita memiliki sifat sedemikian?

➻ SEMANGAT JIHAD

Sayyiduna Rasulillahi Sallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang menembak satu panah kepada musuh baik kena atau tidak kena, pahalanya setara dengan memerdekakan seorang budak.“
(H.R. Ibnu Majah)

wALLAHu 'alam




Wednesday, January 15, 2014

My baby's Activities

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Aku mulakan tulisanku sekali lagi selepas bertangguh. Few more drafts to be post any soonest. Writing about my son has always been my favorite.

To date, it's his 2nd week of schooling, playschool I mean. I always wanted to homeschool my son but Allah knows better, plan the best for us rather than what we wanted.

We started schooling Akir when he showed some interest in learning. It was at his 7th months. After weeks admitted in hospital, he showed something that I knew I can't put it on granted. He loves to flip books, listen to music and looking at things. Alhamdulillah, during his admitted time, he was given few interesting learning items, thanks a lot to his sweet grannies and aunts.

He showed tonnes of interest into books
At the age of 7 months (Nov 2011)


But, we do believe that schooling is not all about books. We brought him to zoo, aquaria, bird park and many other outdoors activities.






We did anything that he enjoyed and we don't force nor put a certain target for him to achieve. We make sure he is actively participating in physical activities as we've observed that the most activities he loves.

We let him eat by himself at the age of 1. It is good for his motor skill development as well.

 


We let him choose his own books. Yes, we did involved him in almost of our activities, treat him as much as we could.



 We introduced him to swimming at the age of 6 months. Akir played football at his age of a year.

He did read even in the shop





And many other activities with we think (and him showed interest) that might suits him.

https://www.facebook.com/photo.php?v=10151953636778751&l=7313529544329059878

https://www.facebook.com/photo.php?v=10151802218308751&l=2270120332487380856

https://www.facebook.com/photo.php?v=10151861039408751&l=3694601965665166065

Will update more, insyaAllah.