Apakah Ia?
Babywearing atau menggendong anak; pada asasnya suatu tindakan memegang atau membawa bayi, kanak-kanak mahupun prasekolah menggunakan sehelai kain atau baby carrier. Memegang atau mendukung bayi adalah tindakan semulajadi; baby carrier membuatkan perbuatan/tindakan mendukung anak itu lebih mudah & lebih selesa. Penggunaan baby carrier juga membolehkan ibu bapa dan penjaga membawa anak-anak dalam melunaskan rutin harian. Mendukung bayi atau anak; sama ada di belakang anda, pinggang atau di hadapan anda dan dalam masa yang sama kedua-dua tangan bebas untuk membuat kerja tanpa mengabaikan keselamatan anak yang dikendong adalah suatu yang sangat membantu. Anda boleh melakukan rutin harian, membeli-belah, menguruskan anak-anakyang lain dan solat. Apabila mengendong si manja anda di hadapan, kedua-dua ibu bapa dan bayi boleh sentiasa berpelukan; membolehkan anak anda berinteraksi dengan dunia luar di samping dapat memastikan anak sentiasa selamat.
Menggendong bayi telah diamalkan selama berabad-abad. Dalam era terdahulu, ibu-ibu memilih untuk sentiasa menggendong anak mereka ketika menguruskan rutin harian. Pada zaman ini, menggendong bayi semakin menjadi pilihan ibubapa, sebahagiannya di bawah pengaruh attachment parenting. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang mengamalkan babywearing menganggap diri mereka mengamalkan attachment parenting.
Malangnya perbuatan menggendong anak dianggap sebagai kolot, pelik atau tidak selamat. Ternyata ia adalah sebaliknya dan sebahagian besar ibu bapa di seantero dunia terus menggendong anak manakala ramai yang lain baru mengetahui kebaikan dan kelebihan menggendong anak. Babywearing baik untuk kesihatan bayi kerana ia mengurangkan kadar bayi menangis, bayi menjadi lebih tenang dan selesa, memudahkan penyusuan susu ibu, kurang masalah pencernaan / kembung perut dan membantu perkembangan leher dan otot belakang yang lebih baik.
Adakah ianya selamat?
Apabila dilakukan dengan betul, mendukung bayi menggunakan alat penggendong yang sesuai dan betul adakalanya lebih selamat serta selesa daripada mendukung bayi dengan tangan anda. Walau bagaimanapun, ciri-ciri atau langkah-langkah keselamatan perlu sentiasa dipatuhi serta di beri perhatian ketika menggendong anak; sepertimana perkara lain yang melibatkan bayi. Terdapat beberapa aspek yang perlu diamil perhatian ketika menggendong bayi termasuklah jenis carrier, bahan (material used for fabric, material used for ring, sewing technic in ssc etc), ia mestilah diuji dan terbukti selamat.
Terkini, terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan alat menggendong bayi; samada SSC, wrap or RS. Terdapat segelintir yang memilih untuk menggunakan sekeping kain yang terbukti selamat dan selesa untuk menggendong anak atau lebih dikenali sebagai wrap. Pemakaian setiap alat menggendong itu mempunyai keluk pembelajaran (learning curve) jadi bagi ibu bapa yang berminat untuk menggendong anak mereka seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari mereka yang bertauliah ataupun berpengalaman luas dalam menggendong bayi. Banyak teknik babywearing boleh dipelajari dalam hanya beberapa minit.
Untuk mencapai babywearing yang selamat, menggunakan baby carrier yang sesuai dengan umur bayi, berat dan ketinggian bayi anda perlu dititikberatkan. Ironinya, kita akan mula menukar atau membeli pakaian bayi, kasut dan juga saiz lampin mengikut tumbesaran anak. Begitu juga dengan penggunaan alat menggendong bayi ini. Penggunaan baby carrier dengan saiz yang lebih besar berbanding umur bayi atau saiz fizikal bayi akan meletakkan bayi berisiko dalam pembangunan tulang belakang mereka dan keselesaan bayi.
Jenis-jenis Baby Carrier
Join us in Babywearing Mamas for more info and discussion... Stay Calm and Keep wearing your baby
No comments:
Post a Comment